Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    LCB sumbang 10 set komputer

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Sebagai usaha proaktif untuk menyokong pemerkasaan teknologi dan pendidikan, Kolej Perdagangan Laksamana (LCB) telah menyumbangkan sebanyak 10 set komputer iaitu CPU, monitor, papan kekunci dan tetikus kepada An-Nur Harapan, hari ini.

    Hadir semasa penyampaian sumbangan berkenaan di Ibu Pejabat An-Nur Harapan ialah kakitangan dan pengurusan An-Nur Harapan serta kakitangan dari LCB.

    Sumbangan itu adalah selaras dengan komitmen LCB kepada pembangunan masyarakat dan tanggungjawab sosial korporatnya.

    Melalui kerjasama dengan An-Nur Harapan, LCB berhasrat untuk membuat sumbangan yang ketara kepada kehidupan mereka yang kurang mendapat akses kepada sumber-sumber teknologi yang mustahak.

    An-Nur Harapan yang dikenali dengan komitmennya kepada meningkatkan peluang pendidikan bagi golongan belia kelainan upaya menerusi program utamanya, UNIKLEARN, akan mendapatkan manfaat yang besar daripada sumbangan berkenaan.

    Sumbangan komputer daripada LCB kepada An-Nur Harapan yang penyampaiannya diadakan di Ibu Pejabat An-Nur Harapan, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN LCB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...