Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tak nak, saya ‘busy’ sekarang – Noh

    Tak nak. Saya ‘busy’ sekarang,” katanya.

    Demikian jawapan ringkas penyanyi dan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh ketika dihubungi BH Online, kelmarin.

    Ketika ditanya sama ada boleh ditemubual, Noh hanya memberikan jawapan pendek sedemikian dan menamatkan panggilan.

    BH Online cuba menghubungi Noh bagi mendapat jawapan balas berikutan tuntutan dibuat oleh Athita iaitu ibu kandung kepada Musa yang juga anak angkat kepada aktivis kemanusiaan Mizz Nina.

    Athira mahu Noh menarik balik kenyataan, buat permohonan maaf secara terbuka dan padam gambar Musa dalam media sosial dalam tempoh 24 jam.

    Athira berkata, Noh perlu memohon maaf atas kekeliruan yang ditimbulkan dalam kenyataannya di program Melodi baru-baru ini.

    Menerusi temu bual yang disiarkan menerusi program hiburan itu, Noh mendakwa Athira memberi kebenaran untuknya menjaga Musa dengan rela hati.

    Susulan itu, Athira yang ditemui BH Online, hari ini mendakwa dirinya dimanipulasi oleh Noh.

    “Apa yang saya nak kongsikan, sebagai ibu kandung kepada Musa, saya sangat kecewa dengan apa yang terjadi.

    “Saya rasa dimanipulasi dan digunakan atas kepentingan dia (Noh),” dakwanya.
    Terdahulu, Noh atau nama sebenarnya, Mohammad Noh Salleh, 39, membuat kenyataan di program Melodi bahawa tiada langsung unsur penculikan seperti yang didakwa, malah sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.

    “Musa diserahkan ibu kandungnya dengan rela hati. Amanah ini diberikan kepada saya. Ini bukannya isu perebutan, tetapi mengikut undang-undang dan disertai dengan dokumen.

    “Sekarang Musa di bawah jagaan saya dan sangat gembira. Memang saya difitnah teruk,” katanya. – Agensi

    Noh bersama anak angkatnya, Musa. – Mstar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...