Monday, March 17, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih $1 juta disumbangkan

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar serahan Kementerian Kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APRIL – Sejumlah $1,154,550 telah disumbangkan oleh pelbagai pihak kepada Kementerian Kesihatan dalam sama-sama membantu menangani dan membendung penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

    Sumbangan berkenaan telah disampaikan pada majlis yang berlangsung di Kementerian Kesihatan, hari ini, di mana hadir menerima sumbangan berkenaan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Abdul Manap bin Othman; dan Pemangku Pengarah Dasar dan Perancangan, Hajah Siti Ajar binti Haji Yusof.

    Pada majlis itu, Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin menyampaikan cek berjumlah $822,000 daripada masyarakat Tionghua.

    Sementara itu, Low San Hardware menyumbangkan $100,000 dengan cek disampaikan oleh Pengarah Urusannya, Matthew Bond dan Swee Sdn Bhd turut menyumbangkan $100,000 di mana cek telah diserahkan oleh Naib Presidennya, Chua Min Chu.

    The Christian Community Negara Brunei Darussalam pula menghulurkan sumbangan berjumlah $70,000 dengan cek disampaikan oleh Uskup Cornelius Sim. Ong Project Management yang diwakili oleh Lam Chit Sang menyumbangkan $20,000 dan Thomas Chin Kee Onn daripada Arkitek Rekarya menyampaikan cek berjumlah $20,000.

    Sementara itu, sumbangan berjumlah $12,550 daripada Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek Brunei (PUJA) telah disampaikan oleh Presidennya, Haji Mohd Zin bin Haji Salleh dan Dayangku Khadijah binti Pengiran Haji Moksin selaku wakil daripada Deloitte & Touche Brunei pula menyampaikan sumbangan berjumlah $10,000.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan berupa 20 kotak N95 mask (3,200 keping) daripada Zhongheng (B) Sdn Bhd yang disampaikan oleh Pengurus, Xiang Weiwei.

    Tokong Cina Muara yang diwakili Johnson Teo Khai Liang pula menyampaikan 16 unit Elba Air Purifier dan Guangxi Beibu Gulf International Port Group Co Ltd pula menyumbangkan 7,500 keping topeng muka yang telah diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Zeng Caili dan Ketua Pegawai Kewangan, Lyu Guoli.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham (kanan) menerima sumbangan daripada Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin daripada masyarakat Tionghua.
    Yang Berhormat Menteri Kesihatan menerima sumbangan daripada wakil Syarikat Low San Hardware.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham menerima sumbangan daripada The Christian Community NBD.
    Yang Berhormat Menteri Kesihatan menerima sumbangan daripada Swee Sdn Bhd.
    Haji Abdul Manap (kanan) menerima sumbangan daripada Deloitte & Touche Brunei.
    Hajah Siti Ajar menerima sumbangan daripada Guangxi Beibu Gulf International Port Group Co Ltd.
    Hajah Siti Ajar menerima sumbangan daripada Tokong Cina Muara.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Tidak sengaja