Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lebih 10 individu sertai Bengkel Bahasa Isyarat Jari-Jari Ku

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Seramai 13 orang peserta berumur 12 hingga 40 tahun telah menyertai Bengkel Bahasa Isyarat Jari-Jari Ku yang diadakan di Kiulap, kelmarin, bagi mendalami pengetahuan dan kemahiran untuk berkomunikasi dengan individu-individu kurang pendengaran.

    Bengkel anjuran BD Creative Centre dan Jari-Jari Ku itu dikendalikan oleh seorang ahli Persatuan Orang Kurang Pendengaran Kebangsaan (OKP) dan Persatuan Pendidikan Khas Brunei Darussalam, Dr Hajah Norbayah binti Haji Shaminan.

    Para peserta telah mempelajari tentang sensitiviti budaya dan telah mengakhiri bengkel dengan harapan untuk mempromosi dan menyebarkan kesedaran tentang komuniti orang-orang kurang pendengaran di negara ini. Bengkel itu telah disokong oleh Persatuan Pendidikan Khas Brunei Darussalam dan Persatuan OKP.

    Para peserta yang menyertai bengkel berkenaan bergambar ramai. – GAMBAR SERAHAN FAIQ RASYIDDEEN
    Salah seorang peserta semasa menerima sijil penyertaan bengkel tersebut. – GAMBAR SERAHAN FAIQ RASYIDDEEN

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...