Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Program Kembara Ilmu tingkat sahsiah diri

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN) dengan kerjasama Persatuan Siswazah Wanita Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini, telah menganjurkan program Kembara Ilmu 2.0.

    Seramai 70 orang telah menyertai program yang diadakan di Auditorium, UNISSA itu di mana pembentangan telah dibahagikan kepada dua sesi dan disampaikan oleh fasilitator-fasilitator dari Malaysia.

    Sesi pertama dimulakan dengan pembentangan bertajuk Pembangunan Sahsiah Diri, Keluarga dan Kerjaya Berpandukan Konsep Negara Zikir yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Siyasah Syar’iyyah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof Dr Sharifah Hayaati binti Syed Ismail.

    Beliau telah menekankan kepentingan niat yang baik dalam melakukan suatu pekerjaan dalam ketaatan kepada Allah SWT dan berusaha mendapatkan reda Allah.

    Penceramah turut mengongsikan doa agar sentiasa mengingati, mensyukuri Allah serta memperbaiki ibadat kepada Allah.

    Manakala itu, sesi kedua bertajuk Al-Quran Dalam Kehidupan pula disampaikan oleh Pengasas Academy of Sharifatuna Quranic Arts (ASQA) dan Ketua Pegawai Eksekutif Sharifah Khasif Production Sdn Bhd, Sharifah Khasif Fadzilah binti Syed Mohd Badiuzzaman al-Yahya.

    Beliau menyentuh mengenai pentingnya pembelajaran Al-Quran dan keutamaannya dalam pembangunan sahsiah, kerjaya dan keluarga.

    Program tersebut diharap akan dapat memberikan manfaat di samping menambahkan lagi ilmu khususnya ilmu ukhrawi kepada para peserta.

    Para peserta yang menghadiri program berkenaan bergambar ramai diadakan di Auditorium, UNISSA. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...