Saturday, November 23, 2024
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 100 pelajar Tahun 11 Sekolah St Margaret dirai

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 22 NOV – Lebih 100 pelajar Tahun 11 dari Sekolah St Margaret menerima pengijazahan dalam majlis yang diadakan di dewan sekolah itu, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah ahli Lembaga Pengarah Sekolah, Dicky Tiong Chiong Jing.

    Turut hadir bagi mengalu-alukan beliau dan para ibu bapa dan penjaga pelajar ialah Pengetua Sekolah, Liew Yong Kim, yang sekali gus menyampaikan ucapan tahniah kepada pelajar.

    “Hari ini menandakan berakhirnya era pengajian untuk pelajar Tahun 11. Walaupun pengijazahan ini mungkin merupakan penghujung tahun menengah dan hari terakhir di Sekolah St Margaret, namun terdapat peluang baharu yang akan diterokai oleh pelajar seterusnya,” tambahnya.

    Sejurus ucapannya, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil graduasi oleh tetamu kehormat kepada para pelajar. Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan dan lagu penutup yang dinyanyikan oleh pelajar-pelajar graduasi.

    Dicky Tiong Chiong Jing semasa menyempurnakan penyampaian sijil kepada salah seorang pelajar semasa majlis itu. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH ST MARGARET
    GAMBAR SERAHAN SEKOLAH ST MARGARET
    GAMBAR SERAHAN SEKOLAH ST MARGARET
    GAMBAR SERAHAN SEKOLAH ST MARGARET
    GAMBAR SERAHAN SEKOLAH ST MARGARET

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda