Saturday, March 15, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih $10,000 untuk mangsa kebakaran, banjir

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 DIS – Sejumlah $10,750 telah disumbangkan oleh kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebu-dayaan, Belia dan Sukan (KKBS) kepada 20 orang ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran dan banjir, baru-baru ini.

    Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar selaku Pemangku Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada majlis yang berlangsung di Bangunan KKBS.

    Para penerima sumbangan terdiri daripada mangsa kejadian kebakaran yang berlaku 1 Disember lalu dan mangsa-mangsa kejadian banjir di beberapa buah kampung di Daerah Brunei dan Muara pada 1 Oktober lalu.

    Pemberian bantuan dari segi kewangan tersebut diharap sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa bagi meneruskan kehidupan seharian.

    Usaha berkenaan menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

    Turut hadir menyaksikan penyerahan bantuan itu ialah Setiausaha Tetap di KKBS, Pengiran Haji Mohd Hasnan bin Pengiran Haji Ali Hassan dan Timbalan Setiausaha Tetap di KKBS, Dr Siti Norkhalbi binti Haji Wahsalfelah serta pegawai-pegawai kanan di KKBS dan JAPEM.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan bergambar ramai bersama para penerima bantuan berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda