Monday, April 28, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 150 sertai program 1M1J, 1M1K secara dalam talian

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JULAI – Lebih 150 jemaah Masjid Rashidah Sa’adatul Bolkiah (MRSB), Kampung Sungai Akar menyertai Program Satu Minggu Satu Juzuk (1M1J) dan Satu Minggu Satu Khatam (1M1K) yang diadakan secara dalam talian, hari ini.

    Majlis antara lain bertujuan untuk melestarikan budaya membaca Al-Quran di samping menggalakkan peserta mengkhatamkan Al-Quran secara istiqamah seterusnya mengeratkan hubungan silaturahim dengan pembacaan Al-Quran secara berkumpulan.

    Dengan adanya majlis berkenaan, ia dapat mendukung hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan Brunei sebagai sebuah negara zikir dengan rakyatnya celik Al-Quran.

    Di samping itu, ia juga menggalakkan penduduk Kampung Sungai Akar dan kawasan sekitarnya membaca 30 juzuk ayat suci Al Quran untuk dikhatamkan.

    Pada majlis itu, doa penutup, doa keselamatan dan perlindungan daripada wabak khusus untuk Negara Brunei Darussalam dan Doa Peliharakan Sultan dibacakan oleh imam MRSB, Awang Arif bin Haji Johari.

    Antara yang menyertai program secara dalam talian anjuran MRSB berkenaan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda