Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lebih 1,500 kekosongan jawatan guru akan diisi tahun depan

    KUCHING, 24 NOV – Sebanyak 1,571 kekosongan jawatan guru sekolah rendah dan menengah di Sarawak akan diisi tahun depan, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.

    Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapa’ee berkata kekosongan 819 jawatan guru sekolah menengah dan 752 jawatan guru sekolah rendah masing-masing akan diisi menjelang Februari dan Jun 2024.

    “Isu kekurangan guru di Sarawak mesti diselesaikan secepat mungkin. Setakat 30 September, kekurangan guru berjumlah 3,076 iaitu 819 untuk sekolah menengah, manakala 2,257 bagi sekolah rendah,” katanya.

    Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Wilfred Yap Yau Sin (GPS-Kota Sentosa) mengenai strategi kerajaan negeri untuk menangani masalah kekurangan guru.
    Dr Annuar berkata selain ketibaan guru baharu tahun depan, kementerian juga mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan berhubung pengambilan siswazah bukan guru sebagai guru kontrak. – Bernama

    gambar Envato elements
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...