Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Promosi alam sekitar mampan, sokong PMKS

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 NOV – Dalam usaha ke arah mempromosikan alam sekitar mampan serta menyokong perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), Bank Baiduri dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), Kementerian Pembangunan mengadakan Baiduri Lokal Market 2023, Rooftop Edition di South Lawn, Ibu Pejabat Bank Baiduri, bermula hari ini.

    Kolaborasi itu menandakan kerjasama julung kalinya yang menumpukan kepada memupuk amalan-amalan mesra alam, pada masa yang sama, menyokong PMKS tempatan.

    Hadir untuk sama-sama menyempurnakan perasmian acara yang akan berlangsung selama tiga hari itu ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar) di Kementerian Pembangunan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak.

    Dalam kata alu-aluannya, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Ti Eng Hui menyatakan dengan perubahan teknologi yang pesat, jumlah peranti elektronik yang dibuang juga bertambah.

    Oleh itu, kolaborasi antara Bank Baiduri dan JASTRe bermatlamat untuk memacu kesedaran dan menggalakkan tindakan antara individu dan perniagaan bagi menyelaraskan tindakan mereka kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) negara dan wawasan 2035.

    Lebih 20 vendor menyertai Baiduri Lokal Market 2023, Rooftop Edition. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    Dr Nor Imtihan dan Ti Eng Hui bersama-sama menyempurnakan perasmian Baiduri Lokal Market 2023, kelmarin. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    Dr Nor Imtihan membuat ikrar pada mural komuniti. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.
    Para pengunjung ke Baiduri Lokal Market 2023. – GAMBAR OLEH SIM Y.H.

    Ke arah itu, orang ramai digalakkan untuk mengitar semula sisa elektronik (e-sisa) di Sungai Akar Transfer Station yang dibuka setiap hari bermula pukul 8 pagi hingga 4 petang.

    Mereka juga boleh berurusan terus dengan syarikat-syarikat kitar semula yang berdaftar di bawah JASTRe di mana senarai syarikat boleh didapatkan di laman sesawang rasmi, www.env.gov.bn.

    Dalam kata alu-aluannya lagi, Ti Eng Hui menyatakan satu lagi ciri inovatif yang diperkenalkan pada acara itu adalah inisiatif mural komuniti dengan kerjasama Drawing House di mana para pengunjung dialu-alukan untuk membuat ikrar membuang sisa elektronik dengan bertanggungjawab dengan menyumbang kepada mural berkenaan sebagai melambangkan komitmen kolektif kepada kemampanan.

    Beliau menekankan bahawa acara itu bukan sahaja dihasratkan untuk menyokong perniagaan tempatan malah ia juga mengetengahkan isu-isu alam sekitar yang mendesak dan berharap usaha bersamanya dengan JASTRe serta Drawing House mencerminkan dedikasi mereka dalam peranannya untuk menanamkan budaya bertanggungjawab kepada masa depan yang mampan.

    Majlis diteruskan dengan perasmian Baiduri Lokal Market 2023 yang disempurnakan bersama oleh Dr Nor Imtihan dan Ti Eng Hui sebelum berkunjung menyaksikan dengan lebih dekat peserta-peserta yang menyertai acara itu.

    Lebih 20 vendor makanan dan usahawan hijau menyertai acara itu yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan iaitu Shish, Labi Coffee, Lamb Chops Lab dan Seven Sporks.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...