Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Lebih 1,600 pendatang tiba di Kepulauan Canary

    MADRID, 23 OKT – Kira-kira seramai 314 pendatang tiba di Kepulauan Canary Sepanyol dengan dua bot hari ini, menjadikan lebih 1,600 jumlah pendatang untuk sampai ke pulau itu sejak Jumaat lalu, kata perkhidmatan kecemasan.

    Perkhidmatan itu berkata, sebuah bot yang membawa 229 pendatang telah dibawa ke pulau El Hierro, manakala sebuah lagi dengan 85 dibawa ke Tenerife.

    Daripada bot yang tiba pada hujung minggu, satu pada Sabtu lalu membawa 320 pendatang. Agensi berita negeri EFE berkata, ia adalah jumlah terbesar dalam satu bot sejak penyeludup manusia mula kerap menggunakan laluan Pulau Canary pada 1994.

    Rekod sebelumnya iaitu 280 direkodkan awal bulan ini.

    Kebanyakan bot tiba di El Hierro, yang telah menerima beberapa ribu pendatang dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Kepulauan Canary terletak di luar pantai barat laut Afrika.

    Kebanyakan pendatang berasal dari negara Afrika sub-Sahara dan kebanyakan bot berlepas dari Senegal.

    Pendatang yang tiba dengan bot di Sepanyol menghabiskan sehingga 72 jam dalam tahanan polis, untuk pengenalan, kemudian dipindahkan ke pelbagai pusat penerimaan atau tahanan bergantung pada kes mereka. Walaupun ada yang dihantar pulang, kebanyakannya memohon suaka dan dibawa ke bandar Sepanyol untuk permohonan mereka dikaji.

    Akhirnya, ramai yang dibebaskan dan diarah meninggalkan Sepanyol jika mereka tidak mendapat suaka.

    Kementerian Dalam Negeri Sepanyol berkata, hampir 23,500 pendatang tiba di Kepulauan Canary dengan bot antara 1 Januari dan 15 Oktober. Itu adalah peningkatan 90 peratus daripada tempoh yang sama tahun lalu. – AP

    Pendatang menunggu untuk turun dari bot kecil di La Restinga di Pulau Canary El Hierro, Sepanyol pada 21 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...