Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Serang wartawan di Gaza pencabulan serius kebebasan bersuara – ActionAid

    RAMALLAH, 23 OKT – Insiden serangan terhadap wartawan yang menyaksikan kira-kira 18 wartawan Palestin terbunuh di Gaza, menggambarkan berlakunya pencabulan serius terhadap hak kebebasan bersuara.

    Menurut Pertubuhan bukan kerajaan ActionAid, insiden terbaharu membabitkan foto seorang wartawan maut selepas kediamannya dibom tentera Israel kelmarin, lapor agensi berita Palestin (WAFA).

    “Wartawan Palestin mendokumentasikan insiden pengeboman di Gaza supaya dunia dapat menyaksikan kemusnahan yang berlaku. Dedikasi mereka telah memberikan gambaran terhadap krisis yang sedang berlaku,” menurut pertubuhan itu dalam satu kenyataan.

    ActionAid berkata, wartawan Palestin tetap menjalankan tugas mereka walaupun berdepan ancaman dan kesulitan.

    “Di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa, wartawan perlu dilindungi sama seperti orang awam. ActionAid menyeru gencatan senjata segera untuk melindungi mereka (wartawan) dan orang awam di Gaza,” kata ActionAid.

    Sementara itu, Penyelaras Advokasi dan Komunikasi di ActionAid Palestin, Riham Jafari, merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk segera campur tangan untuk menyiasat insiden serangan ke atas wartawan. – Bernama

    Kamera jurugambar yang terkorban akibat tembakan Israel, ditinggalkan di atas tanah di perkampungan sempadan Alma al-Shaab pada13 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...