PARIS, 27 MAC – Kementerian Luar Perancis hari ini mengumumkan lebih daripada 170 warga Perancis dan kira-kira 70 orang dari warganegara lain telah dipindah dari Haiti yang dibelenggu keganasan menggunakan helikopter tentera Perancis.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu menyatakan, “Lebih daripada 170 warga negara Perancis dan kira-kira 70 orang warga Eropah dan warganegara lain yang berada dalam situasi terancam” telah dibawa keluar dengan helikopter.
Mereka semua dibawa ke ‘kapal tentera laut yang akan menghantar mereka hari ini ke Fort-de-France’ di wilayah luar negeri Perancis di Martinique, tambahnya.
Menurut Kementerian Luar, kira-kira 1,100 warga Perancis tinggal di Haiti, kebanyakan mereka memegang dua kewarganegaraan. – AFP