Oleh James kon
Gambar oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Lebih 200 orang telah tampil menyahut cabaran berhalangan terpilih dalam Jerayawara Beta Trial yang diadakan semasa Bandarku Ceria di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara, hari ini.
Barangan Cabaran Alpha terdahulu juga diberikan kepada mereka yang mendaftar semasa jerayawara tersebut.
Di samping itu, 15 penyertaan percuma untuk perlumbaan Cabaran Alpha, yang akan diadakan pada 11 Disember depan, juga diberikan kepada lima peserta lelaki terbaik, lima peserta wanita terbaik dan lima peserta yang dipilih secara rambang.
Cabaran Alpha merupakan cabaran berhalangan yang memberikan peluang kepada para peserta mencabar diri mereka dari segi mental dan fizikal.
Pada tahun ini ia akan dibahagikan kepada dua perlumbaan iaitu Cabaran Beta dan Cabaran Omega dengan pendaftaran telah dilanjutkan sehingga 14 November.
Cabaran berkenaan akan diadakan di Kompleks Sukan, Universiti Brunei Darussalam dan bakal diadakan sempena Festival Disember dengan sokongan Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan.
