Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 DIS – Gelombang kedua penularan COVID-19 di negara ini telah menyaksikan lebih 200 syarikat memohon bantuan subsidi, 70 syarikat ditutup dan hampir 500 individu terjejas dibantu daripada segi kewangan.
Sebanyak 240 buah syarikat telah memohon subsidi di mana lebih kurang 80 peratus daripadanya telah diluluskan, melibatkan 1,500 pekerja yang diberikan bantuan subsidi bagi membantu syarikat terjejas tersebut.
Namun bantuan itu bukanlah untuk semua pihak, ia adalah berdasarkan beberapa kriteria yang perlu dilihat dan dipertimbangkan terlebih dahulu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah ketika menjawab soalan pihak media pada sidang media harian COVID-19 di sini hari ini.
Menurutnya, lebih kurang 480 individu terjejas telah diluluskan permohonan mereka dalam kategori cuti tidak bergaji, dengan 426 telah dibayar dan selebihnya masih dalam proses.
Ketika menyentuh mengenai syarikat yang terpaksa ditutup semasa gelombang kedua ini, Yang Berhormat Dato sebanyak 10 buah syarikat telah deregistered (ditutup) antara Julai hingga September disebabkan syarikat tidak lagi aktif.
Manakala 61 buah syarikat telah mengalami nasib sama antara bulan Oktober sehingga November lalu.
Ia bagaimanapun tidak termasuk syarikat sendirian berhad yang tidak ada rekod penutupan semasa tempoh penularan kedua itu, tambahnya.
