Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lebih 20,000 banduan jalani program pemulihan

    TUARAN, 1 FEB – Lebih 20,000 banduan di seluruh negara itu menjalani program pemulihan di luar tembok penjara bersama komuniti dengan pemantauan Jabatan Penjara Malaysia bagi memastikan pelaksanaannya lancar dan teratur.

    Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata pelaksanaan program pemulihan itu amat berkesan kerana dapat mengurangkan kos pengurusan dan mempunyai kadar residivis (jenayah berulang) yang rendah iaitu kurang daripada 0.5 peratus.

    Shamsul Anuar berkata ia dijalankan menerusi program luar penjara iaitu Sistem Parol, Pembebasan Banduan Secara Berlesen, Program Reintegrasi Penghuni, Program Reintegrasi Penghuni Industri dan Perintah Kehadiran Wajib.

    “Jabatan Penjara memainkan peranan penting dalam usaha untuk membina kembali potensi insan melalui program pemulihan dan pembentukan semula insan.

    “Saya percaya melalui program-program ini ia akan meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan penjara di negara ini,” katanya berucap menutup Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pengurusan Penjara Siri 1/2023 di Pusat Latihan RELA, hari ini. – Bernama

    Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah ketika Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen pada 13 Disember 2023. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...