Friday, January 24, 2025
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 300 anggota bomba bergelut padam kebakaran hutan

    AFRIKA SELATAN, 20 DIS – Beratus-ratus anggota bomba hari ini bergelut dengan kebakaran hutan yang merebak merentasi gunung berhampiran Cape Town dan mengancam pangkalan tentera laut terbesar di Afrika Selatan.

    Lima daripada lebih 300 anggota bomba yang dikerahkan untuk operasi di atas bukit yang menghadap Bandar Simon telah cedera, kata pihak berkuasa.

    “Pada masa ini, tiga helikopter sedang menjalankan operasi memadam kebakaran di kawasan itu manakala lebih 300 kakitangan masih berada di darat,” kata jabatan bomba dan penyelamat bandar Cape Town kepada AFP.

    Angin kencang mendorong api merebak ke Pangkalan Tentera Laut Bandar Simon, merosakkan sebuah bangunan, manakala hampir 40 rumah berdekatan telah dipindahkan pada awal pagi Rabu, kata jabatan itu.

    Bandar Simon terletak kira-kira 45 kilometer di selatan Cape Town di sepanjang pantai di mana kebakaran hutan di daerah utama penanaman anggur telah menjadi kerap sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

    Wilayah Cape Town telah mengalami gelombang haba berulang kali dengan angin panas yang kencang telah dipersalahkan atas peningkatan suhu global. Kemarau 2015 adalah yang paling kering di Afrika Selatan selama 112 tahun. – AFP

    Sebuah helikopter sedang memadam kebakaran hutan di kawasan cerun di Bandar Simon, selatan Cape Town, Afrika Selatan, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda