Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lebih 300 diraikan dalam sambutan Aidilfitri

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 APRIL – Dalam berkongsi kemeriahan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama segenap lapisan masyarakat, lebih 300 orang jemputan yang terdiri daripada anak-anak yatim, orang kelainan upaya, mualaf dan ibu tunggal diraikan pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Mentiri, hari ini.

    Majlis itu turut dihadiri oleh Pemangku Ketua Kampung Kawasan 2, RPN Kampung Mentiri, Haji Nizam bin Haji Julaihi.

    Pemilik Syarikat Masjeffey Sdn Bhd, Pengiran Haji Mohd Jaafar bin Pengiran Haji Damit menyatakan bahawa majlis itu dihasratkan bagi memberikan kemeriahan kepada penerima dalam bersama-sama menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

    “Majlis yang diadakan buat kali ke-14 itu yang menjadi inisiatif syarikat ini, telah dilaratkan kepada penerima daripada enam buah kampung di Mukim Mentiri ini,” jelasnya lagi.

    Majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan penyampaian sumbangan Hari Raya oleh Pengiran Haji Mohd Jaafar dan Pengurus Syarikat, Saibudeen bin Jameel.

    Pengiran Haji Mohd Jaafar dan Saibudeen semasa menyampaikan sumbangan kepada para penerima. – GAMBAR OLEH SIM.Y.H.
    Pengiran Haji Mohd Jaafar dan Saibudeen semasa menghadiri majlis tersebut. – GAMBAR OLEH SIM.Y.H.
    Antara jemputan yang hadir pada majlis sambutan yang diadakan di Mentiri. – GAMBAR OLEH SIM.Y.H.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...