Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lebih 300 sertai Wira Fajar

    Oleh Yusrin Junaidi –

    TUTONG, 19 JAN – Lebih 300 orang telah menghadiri Wira Fajar Program Belia Sembahyang Fardu Subuh Berjemaah di Masjid bagi Tahun 1445H/2024M bersempena sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa 2023 di Masjid Kampung Keriam, Daerah Tutong, hari ini.

    Para peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dan jabatan-jabatan di bawahnya, ahli-ahli jawatankuasa takmir masjid, pegawai-pegawai kerajaan, persatuan dan pergerakan belia, belia-belia masjid serta penduduk sekitar Kampung Keriam.

    Program anjuran KKBS dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) itu dihadiri oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Hadir sama ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Mohammad Rosli bin Haji Ibrahim; Setiausaha Tetap (Kesukanan) di KKBS, Pengiran Mohammad Amirrizal bin Pengiran Haji Mahmud; Setiausaha Tetap (Kebeliaan) di KKBS, Haji Zakaria bin Haji Serudin; Pemangku Timbalan Setiausaha Tetap di KHEU, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh serta pegawai-pegawai kanan KKBS.

    Pada program itu, sembahyang Fardu Subuh berjemaah diimamkan oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Mohd Fauzi bin Haji Anuar dan diikuti dengan Tazkirah Subuh bertajuk Andai Semua Orang Melakukannya yang disampaikan oleh Ketua Imam Masjid Kampung Danau, Awang Abdul Hadi bin Abdul Rahman.

    Wira Fajar diselajurkan dengan bacaan Surah Al-Kahfi yang dipimpin oleh belia masjid, Awang Nur Asmawi bin Awang Asli serta Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam dikepalai oleh pegawai hal ehwal masjid serta diakhiri dengan sembahyang Sunat Dhuha.

    Program berkenaan dihasratkan dapat mendidik diri para belia bagi mengerjakan sembahyang berjemaah di masjid serta memberikan pendedahan kepada para belia dengan mengisi aktiviti yang bermanfaat yang membawa belia-belia mendukung gagasan Negara Zikir.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi turut menghadiri acara subuh. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Tazkirah Subuh disampaikan oleh Awang Abdul Hadi. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Antara yang menyertai program di Masjid Kampung Kampung Keriam. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...