Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 40 fakir miskin terima daging korban di Kg Kilanas

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JULAI – Untuk membantu dan memudahkan penduduk kampung melaksanakan ibadah korban dengan lebih sempurna, Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Kilanas telah mengadakan majlis ibadah korban bersempena dengan Hari Raya Aidiladha yang disertai seramai 42 orang peserta.

    Dua ekor kerbau dan empat ekor sapi telah dikorbankan pada majlis berkenaan dan diagih-agihkan kepada lebih 40 orang fakir miskin serta ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Kampung Kilanas, AJK Kerja Majlis Ibadah Korban dan orang ramai yang turut hadir.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan mengagih-agihkan daging korban ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Majlis antara lain bertujuan untuk menggalakkan masyarakat kampung mengimarahkan masjid sekali gus memupuk semangat kerjasama dan merapatkan silaturahim antara penduduk kampung berkenaan. Selain itu, ia juga untuk memupuk dan mengeratkan hubungan antara AJK takmir masjid dengan jemaah masjid berkenaan khasnya dan penduduk Kampung Kilanas dan sekitarnya amnya.

    Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua menyampaikan agihan daging korban.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda