Monday, January 27, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih 4,000 rumah mesra SMJ dibina sejak dilancarkan pada 2022

    PENAMPANG, 26 JAN – Sebanyak 4,482 Rumah Mesra Sabah Maju Jaya (SMJ) dibina setakat Oktober tahun lepas setelah dilancarkan pada tahun 2022, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

    Beliau berkata 3,000 rumah SMJ lagi akan dibina tahun ini di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, dengan peruntukan RM250 juta.

    “Selain pembinaan projek perumahan kos rendah dan perumahan awam mampu milik, kerajaan juga meneruskan pembinaan Rumah Mesra SMJ,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Skim Rumah Rakyat Sabah (SRRS) hari ini.

    Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Isnin Aliasnih.

    Hajiji berkata kerajaan negeri sentiasa memberikan perhatian lebih menyeluruh terhadap rakyat agar mampu memiliki rumah yang selesa untuk semua peringkat, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

    Justeru, Ketua Menteri itu berkata SRRS akan memberi manfaat kepada kira-kira 10,000 orang yang layak untuk membeli rumah pertama mereka di lokasi bandar utama dengan harga jualan tidak lebih daripada RM500,000 serta syarat kemasukan yang mudah.

    Beliau berkata pelancaran SRRS membuka lembaran baharu dan penting dalam usaha kerajaan negeri menjana pembangunan ekonomi negeri, selain meningkatkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Sabah. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda