Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Lebih 50 beg sampah dikumpul

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 JAN – Bersempena sambutan Tahun Baharu 2022, Persatuan Perniagaan Taiwan di Brunei Darussalam (TBABD) dan BLIA Sdn Bhd menganjurkan kempen kebersihan di Taman Rekreasi Pantai Muara, kelmarin.

    Diketuai oleh wakil pegawai Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei ke Brunei Darussalam, Andrew Lee, kira-kira 40 peserta terdiri daripada kakitangan pejabat, ahli persatuan dan rakan-rakan persatuan menyertai kempen itu.

    Andrew Lee, dalam ucapan ringkasnya memuji TBABD dan BLIA Sdn Bhd atas usaha dan kerja keras mereka dalam melancarkan aktiviti kebersihan di pantai. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada peserta yang hadir kerana memainkan peranan untuk menyokong masyarakat dalam memastikan pantai Brunei bebas daripada sampah.

    “Pejabat perwakilan Taipei akan terus mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti bermakna seperti ini untuk menunjukkan rasa cinta terhadap negara Brunei dan memberikan kesedaran mengenai kepentingan perlindungan alam sekitar dan kebersihan pantai di negara ini,” ujarnya lagi.

    “Sepanjang kempen, lebih 50 beg sampah telah dikumpul,” tambahnya. Acara itu bertujuan untuk menangani pencemaran pantai dan mengurangkan jumlah sampah plastik yang memasuki lautan, mengancam alam sekitar, manusia dan hidupan marin.

    Sebahagian peserta bergotong-royong membersihkan pantai di Taman Rekreasi Pantai Muara.
    Andrew Lee bergambar bersama warga TBABD dan BLIA semasa kempen kebersihan di Taman Rekreasi Pantai Muara, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...