Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Lebih 50 pelajar cemerlang dirai

    Oleh Nurdiyanah R. & Mu’min Karim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 SEPT – Lebih 50 orang pelajar telah diraikan dalam Majlis Penganugerahan Graduan Sekolah Menengah Katok BEST 2021 yang berlangsung di dewan sekolah tersebut, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis yang sekali gus menyempurnakan penyampaian anugerah kepada para pelajar ialah mantan Ketua Kluster 3, Dayang Siti Hawa binti Haji Mohd Noor. Beliau dialu-alukan oleh Pengetua Sekolah Menengah Katok, Dayang Penroose Saleha binti Haji Mohd Salleh.

    Dalam ucapan alu-aluan, Dayang Penroose merakamkan kesyukuran berkat sokongan padu antara ibu bapa dan guru-guru dalam menjalankan peranan masing-masing telah menjadi pendorong kepada kejayaan pelajar, di samping sentiasa menerapkan semangat juang sepanjang meniti proses pembelajaran untuk dijadikan bekalan dalam mencapai cita-cita pada masa akan datang.

    Majlis penganugerahan berkenaan telah dibahagikan kepada lima kategori khas iaitu Anugerah Pelajar Cemerlang bagi Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE O Level 2021; Anugerah Cemerlang dalam Mata Pelajaran bagi Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE O Level 2021; Graduan Sekolah Menengah Katok BEST bagi Anugerah Pelajar Cemerlang Keseluruhan Tahun 11 Special Applied Programme 2021 (11BTEC) dan Anugerah Special Mention Program Pravokasional 2021; Anugerah Pelajar Cemerlang Keseluruhan bagi Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE O Level 2021; dan Anugerah Pelajar Beriltizam bagi Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE O Level 2021.

    Majlis turut diselajurkan dengan penyampaian anugerah kepada 36 guru cemerlang yang mencapai sasaran dalam mata pelajaran Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE O Level 2021 dan juga Peperiksaan SPE 2021.

    Dayang Siti Hawa semasa menyampaikan anugerah kepada pelajar cemerlang pada majlis tersebut.
    Antara pelajar yang diraikan pada Majlis Penganugerahan Graduan Sekolah Menengah Katok BEST 2021 bertempat di dewan sekolah tersebut, kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...