Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lebih 60 struktur haram dirobohkan

    LABUAN, 28 NOV – Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah merobohkan 67 struktur haram yang telah dikosongkan di Kampung Gersik/Saguking di sini sejak semalam.

    Ketua Penolong Setiausaha (Pelaburan) MUIS, Putera Aliif Al’ain Jasni berkata MUIS sebagai pemilik tanah telah mengeluarkan notis enam bulan pada 22 Mei lepas, memaklumkan penghuni untuk mengosongkan premis terbabit bagi projek pembangunan.

    Bagaimanapun, beliau berkata MUIS menghormati permintaan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman agar perobohan itu ditangguhkan selama tiga bulan bagi rumah yang masih didiami.

    “Penduduk yang diberi peluang tiga bulan tambahan ini oleh MUIS patut mengambil peluang untuk mendapatkan kediaman baharu sebelum tarikh akhir 28 Februari 2024,” katanya kepada wartawan hari ini. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...