Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lebih 7,000 rakyat Palestin ditahan dalam penjara Israel

    RAMALLAH, 27 NOV – Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin mendedahkan jumlah tahanan rakyat Palestin di kesemua penjara Israel melebihi 7,000 orang, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

    Memetik kenyataan berbahasa Arab suruhanjaya berkenaan kelmarin, WAFA melaporkan tentera Zionis Israel menahan lebih 3,200 orang rakyat Palestin dalam tempoh 8 Oktober hingga 14 November, dengan angka tertinggi dari Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis.

    Ini termasuk lebih 200 orang remaja dan kanak-kanak, 78 orang wanita selain ratusan orang sakit dan cedera yang masih memerlukan rawatan.

    “Seramai 29 daripada 41 orang wartawan yang ditangkap masih dalam tahanan sejak 7 Oktober,” menurut kenyataan itu.

    Menurut WAFA, tentera Zionis Israel mula mempergiat operasi penangkapan di lapangan sehari selepas konflik Israel-Gaza memuncak pada 7 Oktober, termasuk melakukan serbuan ke premis-premis awam, merosak dan memusnahkan rumah penduduk di Gaza selain memukul keluarga tahanan. – Bernama

    Tawanan Palestin disambut oleh orang ramai setelah dibebaskan dari penjara Israel di Ramallah, Semenanjung Gaza pada 26 November. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...