Friday, May 3, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    Lebih $9,000 derma tabung banjir Pakistan diserahkan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JAN – Sejumlah $9,275 telah diserahkan kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) untuk Tabung Kemanusiaan Banjir Pakistan 2022 pada majlis yang berlangsung di Bangunan KKBS, hari ini.

    Daripada jumlah berkenaan, sebanyak $4,275 adalah hasil kutipan daripada Kumpulan Isteri Menteri-menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu manakala itu, $5,000 lagi daripada Universiti Brunei Darussalam (UBD).

    Hadir menerima sumbangan tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Sumbangan bagi pihak Kumpulan Isteri Menteri-menteri Kabinet, Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap dan Ahli-ahli Bersekutu telah disampaikan oleh Pengerusi II, Datin Hajah Nahriah binti Haji Hasbi.

    Sumbangan daripada UBD pula disampaikan oleh Penolong Naib Canselor (Korporat dan Pentadbiran), Hajah Rubiah binti Haji Yacob.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi menerima sumbangan daripada Datin Hajah Nahriah pada majlis yang berlangsung di Bangunan KKBS, kelmarin.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bergambar ramai bersama tetamu pada majlis yang berlangsung di Bangunan KKBS, kelmarin.

    Turut hadir bagi menyaksikan penyerahan derma tersebut ialah Setiausaha Tetap (Kemasyarakatan) di KKBS, Hajah Nor Ashikin binti Haji Johari.

    Tabung Kemanusiaan Banjir Pakistan 2022 yang telah dibukakan kepada orang ramai selama tiga bulan sejak 15 Oktober lalu berakhir pada hari ini.

    Sehubungan itu, KKBS memaklumkan orang ramai khususnya agensi-agensi kerajaan dan swasta, persatuan-persatuan atau badan bukan kerajaan serta orang-orang persendirian yang telah membuat kutipan bagi tabung berkenaan untuk segera menyerahkan hasil kutipan tersebut tidak lewat 19 Januari pukul 1 petang.

    Hasil kutipan derma tersebut bolehlah dihantar kepada Urus Setia Tabung Kemanusiaan Banjir Pakistan 2022 di Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran, Tingkat 2, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Bangunan KKBS, Jalan Kebangsaan pada waktu pejabat.

    Sebarang pertanyaan lanjut mengenai perkara berkenaan boleh menghubungi pihak urus setia di talian 2381903 atau 2382911 sambungan 1341 atau 1205 pada waktu pejabat atau Talian Kebajikan 141 atau e-mel kepada info@japem.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi perisik Seoul beri amaran kepada Korea Utara

    SEOUL, 3 MEI - Agensi perisik Korea Selatan berkata hari ini bahawa Pyongyang sedang merancang serangan pengganas yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di...