Wednesday, December 25, 2024
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lebih $9,000 disumbangkan untuk tabung anak yatim

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 APRIL – Kebajikan anak-anak yatim terus mendapat perhatian dan pemedulian daripada orang ramai dengan sumbangan terus mencurah untuk Tabung Anak-anak Yatim Daerah Brunei dan Muara.

    Pada majlis yang berlangsung di Pejabat Daerah Brunei dan Muara, hari ini, tabung berkenaan telah menerima sumbangan berjumlah $9,500 daripada Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin, Persatuan Hokkien Brunei Darussalam dan Dewan Perniagaan Tiong Hua Bandar Seri Begawan.

    Sumbangan telah diterima oleh Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Misle bin Haji Abdul Karim dengan didahului oleh Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin yang menyumbangkan sebanyak $5,000.

    Ia diteruskan dengan sumbangan daripada Dewan Perniagaan Tiong Hua Bandar Seri Begawan yang menyumbangkan sebanyak $2,500 yang disampaikan oleh Timbalan Presiden, Lee Chung Keng.

    Manakala itu, Persatuan Hokkien Brunei Darussalam menyumbangkan sebanyak $2,000 yang disampaikan oleh Pengerusi, Peng Yan Hoe.

    Sumbangan derma kepada Tabung Anak-anak Yatim Daerah Brunei dan Muara berkenaan dihasratkan untuk mengurangkan bebanan anak-anak yatim dan keluarga mereka.

    Awang Misle bergambar ramai dengan Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin, Lee Chung Keng, Peng Yan Hoe dan Hong Kim Seng selepas penyampaian sumbangan derma untukTabung Anak-anak Yatim Daerah Brunei dan Muara, hari ini.
    Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin menyerahkan sumbangan bagi Tabung Anak-anak Yatim Daerah Brunei dan Muara kepada Awang Misle.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda