Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Lebih ramai prihatin terhadap anak-anak yatim

    Oleh Sim Y. H. & Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 APRIL – Kebajikan para anak yatim terus diberikan perhatian dengan lebih banyak pihak menghulurkan sumbangan bagi meraih ganjaran pahala berlipat ganda sekali gus menceriakan anak-anak yatim sempena kedatangan bulan Syawal tidak lama lagi.

    Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Kilanas, baru-baru ini, telah mengadakan majlis penyampaian derma anak-anak yatim yang bermastautin di kampung berkenaan.

    Sumbangan adalah hasil kutipan tabung masjid khas untuk anak-anak yatim yang dibukakan selama tiga bulan.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan sumbangan kepada 28 orang anak yatim ialah Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali selaku ahli Jawatankuasa Masjid Kampung Kilanas.

    Turut hadir ialah Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, selaku penaung jawatankuasa takmir masjid.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyempurnakan penyampaian derma kepada anak-anak yatim bagi warga Hospital RIPAS, kelmarin.
    Yang Berhormat Menteri Pertahanan Kedua dan Pesuruhjaya Polis bergambar ramai bersama anak-anak yatim pada majlis penyampaian derma anak-anak yatim di Masjid Kampung Kilanas. – Gambar oleh Rokiah Mahmud
    Datin Paduka Hajah Salmah dan Haji Rani bersama-sama menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim pada majlis berbuka puasa anjuran Syarikat Mira Hana.

    Sementara itu, hari ini, seramai 26 orang anak yatim warga Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) menerima sumbangan pada Majlis Bacaan Surah Yasin dan Tahlil serta Penyampaian Derma kepada Anak-anak Yatim bagi Hospital RIPAS yang diadakan oleh Kementerian Kesihatan.

    Mengetuai rombongan kementerian dan menyempurnakan penyampaian sumba-ngan di Surau Nuurul ‘Inayah ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar.

    Syarikat Mira Hana pula telah mengadakan penyampaian sumbangan dan Majlis Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim di Hotel Al-Afiah, Kiulap.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pegawai Daerah Brunei dan Muara, Awang Mislee bin Haji Abdul Karim.

    Turut hadir ialah Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Adanan bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Awang Mohammad Yusof.

    Seramai 40 orang anak yatim telah menerima sumbangan berupa wang tunai dan barangan asas harian yang disampaikan oleh Pengurus Mirra Hanna, Datin Paduka Hajah Salmah bin Haji Hanafiah dan Pengarah Urusan, Haji Rani bin Begawan Pehin Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Awang Mohd Yusof.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...