Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lee Junho tidak pandai kenyit mata

    Baru-baru ini, berlangsungnya Fanmeeting bagi artis Korea iaitu Lee Junho yang pertama. Malaysia beruntung kerana tersenarai di dalam kawasan yang dijelajahnya itu.

    Bertempat di Megastar Arena, dewan tersebut penuh dengan kehadiran peminat-peminat dari Malaysia yang hadir sebagai tanda sokongan kerjaya Lee Junho.

    Sesama sesi pertemuan itu, Junho ditanya beberapa soalan daripada peminat, antaranya apakah gambar wallpaper pada telefonnya. Junho memaparkan gambar pada wallpaper telefonnya itu yang meraih perhatian ramai iaitu gambar kucingnya yang berwarna jingga.

    “Saya bertuah kerana sentiasa ada ia (kucing) di samping saya, setiap kali saya pulang ia setia menunggu dan memeluk saya,” kata Junho menurut laporan murai.my.

    Selain itu juga, Junho diminta oleh pengacara untuk melakukan kenyit mata buat peminatnya. Namun Junho memberitahu bahawa, dia tidak reti untuk mengenyit mata akan tetapi untuk peminatnya dia akan cuba lakukannya.

    Rata-rata peminat berpuas hati dengan Fanmeeting dari Junho itu, serta mereka menginginkan pada masa akan datang, Junho tetap akan memilih Malaysia sebagai destinasi yang bakal dikunjunginya itu.

    Pada sesi bertemu peminat tersebut, Junho menyampaikan lapan buah lagu buat peminat kesayangannya dari Malaysia itu. Antara lagu yang dinyanyikannya adalah Nobody Else, CANVAS, Nothing But You, Can I, I’m in LOVE, WOW, Zero Point dan Ride Up. – Agensi

    Junho tidak reti untuk mengenyit mata tetapi untuk peminatnya dia akan cuba lakukannya. – En.kepoper.com
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...