PELAKON Lee Min Ho mendermakan wang tunai sebanyak AS$38.3 ribu kepada sebuah badan kebajikan bagi membantu kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan. Dipetik dari Koreaboo melaporkan perkara itu didedahkan oleh sebuah organisasi iaitu Good Neighbors yang terharu dengan kesudian pelakon terkenal membantu mangsa terlibat.
Wang itu akan digunakan untuk membeli barangan keperluan selain menanggung bil perubatan termasuk rawatan terapi untuk mangsa.
Berita tentang kemurahan hati Min Ho bukan sesuatu baru kerana pelakon itu sering terlibat dalam aktiviti amal selain menderma kepada beberapa badan kebajikan yang lain.