Friday, January 17, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lee Min Ho kembali dengan drama terbaharu The King: Eternal Monarch

    Drama yang dibintangi Lee Min Ho dan Kim Go Eun, menceritakan kisah dua dunia selari, satu di mana Korea adalah sebagai sebuah negara dengan perlembagaan monarki yang diperintah oleh maharaja Lee Gon (Lee Min Ho), dan satu lagi negara Korea sekarang, di mana Jung Tae Eul (dilakonkan oleh Kim Go Eun) sebagai seorang detektif.

    Di dalam drama terbaharu ini, maharaja Lee Gon mempunyai interaksi yang tegang dengan Ku Seo Ryeong (dimainkan oleh Jung Eun Chae), yang mana merupakan perdana menteri perempuan termuda dan pertama di Korea.

    Dalam drama tersebut terdapat satu babak ketika Ku Seo Ryung bersama maharaja mengatakan sesuatu dan Lee Gon, dengan sedikit senyuman di mukanya, mencerminkan tindakannya itu, bersandar untuk bertindak balas. Ketika dia menarik balik, Ku Seo Ryeong melihatnya dengan pandangan yang tajam.

    “Maharaja dan perdana menteri Korea yang dimainkan oleh Lee Min Ho dan Jung Eun Chae adalah dua orang yang tidak mempunyai pilihan selain melakukan persekongkolan. Melihat transformasi lakonan Lee Min Ho dan Jung Eun Chae dalam karakter yang baharu semasa membawa watak maharaja dan perdana menteri,” menurut kenyataan media setempat. – Agensi

    Lee Min Ho dan Kim Go Eun, dalam drama terbaharu mereka “The King: Eternal Monarch”. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda