Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Legenda The Pogues, MacGowan, meninggal pada usia 65 tahun

    Pengasas kumpulan Celtic folk-punk, The Pogues dan penulis lagu utama, Shane MacGowan telah meninggal dunia pada usia 65 tahun selepas melalui tempoh penyakit yang berpanjangan, isterinya mengumumkan semalam.

    Victoria Mary Clarke, isteri MacGowan, berkongsi dalam catatan Instagram, “Shane, yang akan sentiasa menjadi cahaya yang saya pegang di hadapan saya, telah pergi”

    MacGowan, yang sering berada di hospital Dublin sejak Julai, dikenali dengan lagu klasik Krismas, Fairytale of New York, sebuah duet bersama Kirsty MacColl pada tahun 1987.

    Catatan Clarke tidak menyatakan tarikh kematian beliau.

    MacGowan, yang turut memainkan peranan besar dalam memperkenalkan gabungan punk dan muzik rakyat Ireland, meninggalkan kesan mendalam sebagai simbol Ireland di peringkat antarabangsa.

    Presiden Ireland, Michael D. Higgins, mengakui sumbangannya dengan menyatakan, “Shane akan dikenang sebagai salah seorang penulis lirik terbesar dalam dunia industri muzik.”

    Beliau menambah, “Begitu banyak lagunya adalah puisi yang tersusun dengan indah, walaupun kita tidak akan dapat mendengar beliau menyanyikannya.” – AFP

    MacGowan dari kumpulan British, The Pogues membuat persembahan di atas pentas di festival musim panas British di Hyde Park di tengah London, pada 5 Julai 2014. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...