Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Korea S sedia lancar satelit pengintip pertama dengan SpaceX

    SEOUL, 1 DIS – Korea Selatan akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya esok dengan roket SpaceX, kata kementerian pertahanan Seoul, mempergiatkan perlumbaan angkasa lepas di semenanjung selepas Pyongyang melancarkan pengintip tentera pertamanya di langit bulan lepas .
    Satelit pengintip Seoul, yang dibawa oleh salah satu roket SpaceX Falcon 9 milik Elon Musk, akan berlepas dari Pangkalan Angkatan Angkasa Amerika Syarikat (AS) Vandenberg di California pada 3:19 petang waktu Seoul, kata seorang pegawai kementerian pertahanan kepada wartawan hari ini.

    Satelit pengintip pertama Korea Selatan telah dijadualkan terbang di atas roket Falcon 9 SpaceX. – AP

    SpaceX mengeluarkan foto roket Falcon 9 yang didirikan secara menegak pada pad pelancaran dengan huruf ‘KOREA’ terpampang di atasnya.
    Jika ia berjaya dimasukkan ke orbit, Korea Selatan akan memperoleh satelit pengintip pertamanya yang dibina di dalam negara untuk memantau Korea Utara yang bersenjata nuklear.
    Seoul merancang untuk melancarkan empat satelit pengintip tambahan menjelang akhir 2025 untuk meningkatkan kapasiti peninjauannya ke atas Utara.
    Ditetapkan untuk mengorbit antara 400 dan 600 kilometer di atas bumi, satelit Seoul mampu mengesan objek sekecil ‘30 sentimeter’, menurut agensi berita Yonhap. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...