Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Lelaki Afrika cuba seludup tanduk badak dipenjara dua tahun

    SINGAPURA, 26 JAN – Seorang lelaki Afrika Selatan berusia 33 tahun dijatuhi hukuman penjara 24 bulan hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan di bawah Akta Spesies Terancam (Import dan Eksport) (ESA) kerana transit di Singapura dengan tanduk badak sumbu tanpa permit yang sah.

    “Ia adalah hukuman paling berat yang dijatuhkan di Singapura setakat ini bagi kes yang melibatkan penyeludupan bahagian hidupan liar,” menurut Lembaga Taman Negara (NParks) dalam satu kenyataan.

    Pada 4 Oktober 2022, NParks merampas 20 tanduk badak sumbu yang diseludup melalui Lapangan Terbang Changi Singapura.

    Bahagian keselamatan lapangan terbang dan Unit K9 NParks mengesan dan memeriksa dua bagasi dan menemui 34.7 kg tanduk badak sumbu, dengan anggaran nilai borong kira-kira AS$843,210.

    Tertuduh, Gumede Sthembiso Joel, yang dalam perjalanan dari Afrika Selatan ke Laos melalui Singapura, ditahan dan NParks merampas tanduk badak sumbu itu.

    NParks dengan sokongan Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) Pasukan Polis Singapura dan INTERPOL, menugaskan pegawai mereka ke Afrika Selatan untuk membuat siasatan lanjut. – Bernama

    Gambar Nparks
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...