Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lelaki, bapa mertua maut kereta terjunam ke laut

    LAHAD DATU, 3 MAC – Seorang lelaki dan bapa mertuanya maut selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke laut dekat kolam ikan di Batu 7, Kampung Payang, dekat sini, malam tadi.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supt Jimmy Panyau berkata kejadian itu berlaku pada jam 10 malam melibatkan pemandu berusia 26 tahun serta bapa mertuanya berusia 66 tahun yang duduk di bahagian belakang penumpang dan sebelum itu kedua-duanya bertengkar mulut.

    “Menurut saksi, lelaki berusia 26 tahun bertengkar dan telah ditenangkan oleh saksi sendiri, sebelum itu saksi telah menyuruh lelaki itu menghantar bapa mertuanya balik ke rumah dan kembali semula ke lokasi untuk mengambil ahli keluarga yang lain.

    Pemandu dikenali Edwin dan bapa mentuanya, Chan Wai Hou.

    “Difahamkan mereka sebelum itu ke lokasi untuk aktiviti riadah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Jimmy berkata berdasarkan keterangan saksi, kenderaan itu dipandu secara meluru oleh mangsa sebelum terjunam ke dalam laut. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...