Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lelaki bawa syabu 4.57 kg ditahan

    TAWAU, 29 MEI – Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia bersama enam paket plastik berisi dadah jenis Syabu seberat 4.57 kilogram yang disembunyikan di dalam empat karung di Jeti Awam Pelabuhan Lama Tawau pada jam 12:30 tengah hari, Isnin lepas.

    Ketua Polis Daerah Tawau ACP, Jasmin Hussin berkata lelaki berusia 25 tahun dan bekerja sebagai buruh ladang itu dipercayai memperoleh dadah bernilai RM274,320 tersebut melalui jalan darat dan kemudiannya akan diseludup ke pasaran negara jiran.

    “Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya kepada pemberita dalam sidang media hari ini.

    Dalam tempoh hampir lima bulan ini, polis berjaya merampas 19.5 kilogram dadah di daerah Tawau, tambah beliau lagi. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...