Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Lelaki berjalan kaki 1,200km untuk lamar teman wanita

    BANGKOK, 13 FEB – “Saya mahu orang yang mendera keluarga dan orang tersayang mereka, serta mereka yang tidak setia kepada isteri, memberi perhatian kepada perjalanan ini,” kata Suthep ‘Maew’ Promjit.

    Setakat Sabtu, dia telah menempuh perjalanan sejauh 1,100 kilometer dan tiba di Trang bersama rakannya Niwat Thongwithi, 50, yang telah menemani-nya dengan menaiki ‘saleng’.

    Suthep terletak kira-kira 100km dari rumah teman wanitanya, Thanapa Khiaw-on di daerah Thung Wa, Satun dan dijangka tiba di sana menjelang esok.

    Dia bertemu teman wanitanya, juga berusia 56 tahun, melalui aplikasi TikTok lima tahun lalu dan telah me-mutuskan untuk melamarnya.

    Kata Suthep, berat badannya turun lebih 17 kilogram dalam perjalanan itu dan walaupun beratnya hanya 40kg sekarang, dia gembira kerana perjalanannya itu membuktikan betapa dia menyayangi bakal isterinya.

    Suthep menambah bahawa dia dan isteri baharunya akan mengelilingi Thailand sebaik sahaja mereka berkahwin. – ANN/The Nation

    Suthep ‘Maew’ Promjit berjalan kaki sejauh 1,200km untuk melamar teman wanitanya di daerah Thung Wa, Satun. – ANN/The Nation
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...