Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Lelaki bersenjata bunuh seorang aktivis di Mexico

    PUEBLA, MEXICO, 5 OKT – Seorang aktivis Mexico, yang mencari anak perempuannya yang hilang awal tahun lalu, telah ditembak mati kelmarin.

    Pembunuhan terbaharu berkaitan dengan kehilangan ahli keluarga di negara itu.

    Esmeralda Gallardo, ahli kumpulan yang dipanggil The Voice of the Disapeared, ditembak mati dalam perjalanan ke tempat kerja di pusat bandar Puebla, kata pendakwa raya.

    Dia terdesak mencari anak perempuannya Betzabe Alvarado yang hilang selama lebih daripada setahun.

    Wanita yang berusia 22 tahun itu kali terakhir dilihat pada Januari 2021 bersama rakannya di kawasan tempat geng pemerdagangan seksual beroperasi.

    “Mereka merampasnya daripada saya,” kata Gallardo dalam temu bual dengan laman web berita tempatan beberapa bulan lalu.

    “Jika dia dapat mendengar saya, saya akan memberitahunya bahawa saya mencintainya dan saya masih mencarinya. Ibunya tidak meninggalkannya,” tambahnya.

    Pihak berkuasa berkata mereka akan menyiasat sama ada pembunuhan Gallardo ada kaitan dengan kehilangan anak perempuannya.

    Saudara-mara orang hilang yang lain juga telah dibunuh di Mexico, di mana lebih daripada 100,000 orang disenaraikan sebagai yang telah hilang dan mencari mereka boleh membawa risiko yang besar. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...