Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Seorang lelaki tempatan berbangsa Cina, berumur 25 tahun telah melafazkan Dua Kalimah Syahadah pada majlis yang berlangsung di Kampung Serasa, Muara, hari ini.
Adrian Ryan Shim Yun telah melafazkan ikrar pengislamannya di hadapan pegawai dari Unit Pengislaman, Bahagian Pengembangan Dakwah, Pusat Dakwah Islam (PDI) dan kini dikenali dengan nama Islamnya sebagai Muhammad Adrian Rayyan Shim bin Abdullah.
Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pengarah PDI, Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh.
Dakwah dan syiar Islam di Negara Brunei Darussalam terus berkembang dengan 70 orang telah memeluk agama Islam sepanjang Januari lalu di seluruh negara. Daripada jumlah berkenaan, 29 orang adalah dari Daerah Brunei dan Muara.