Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Lelaki ditahan miliki barang tegahan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OKT – Seorang lelaki warganegara tempatan berusia 24 tahun telah ditahan kerana memiliki barang-barang tegahan kastam dalam gerakan operasi serta-merta di sebuah tempat penyimpanan rokok dan minuman keras di Kampung Pengkalan Batu, Daerah Brunei dan Muara pada 5 Oktober lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), di sini, hasil operasi yang dijalankan, Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, JKED telah merampas sebanyak 7,145 tin dan 468 botol minuman keras, 1,710 karton rokok serta wang tunai berjumlah $6,880 diperca-yai hasil daripada aktiviti penjualan barang tegahan kastam.

    Semua barang terbabit telah dirampas dan individu terbabit dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang bagi siasatan lanjut.

    Dalam kenyataan tersebut, JKED menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi mana-mana perundangan negara ini dan menghindari daripada melakukan kegiatan-kegiatan penyeludupan atau membawa masuk dan keluar barang-barang tegahan, sekatan dan juga larangan kastam.

    Jabatan itu turut menekankan memiliki barang-barang tegahan kastam adalah menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 146, Perintah Eksais 2006.

    JKED turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang telah memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan aktiviti yang menyalahi perundangan dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh JKED.

    Orang ramai dialu-alukan untuk mengongsikan maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan barang-barang tegahan kastam atau aktiviti yang menyalahi perundangan kastam dengan menghubungi talian utama JKED, 8714422 dan 8721422 atau pejabat JKED yang berdekatan.

    Pihak JKED juga memberi jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan.

    Antara barangan tegahan yang berjaya dirampas hasil operasi yang dijalankan oleh JKED, baru-baru ini. – Gambar serahan JKED
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...