Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lelaki ditahan miliki pelbagai jenis mercun

    TANAH MERAH, 12 APRIL – Polis menahan seorang pemandu yang mengelak sekatan jalan raya bersama pelbagai jenis mercun bernilai RM1,000 di Kampung Kusial Baharu di sini, semalam.

    Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Supt Mohd Haki Hasbullah berkata lelaki berusia 30 tahun yang memandu kereta jenis BMW itu ditahan kira-kira 3 petang selepas membuat pusingan U di tempat tidak dibenarkan bagi mengelak pemeriksaan polis dalam Op Selamat 22 di simpang tiga Taman Kota Harmoni.

    Beliau berkata kereta berkenaan kemudian memecut dan dipandu secara berbahaya yang boleh memberi kesan kepada pengguna jalan raya lain.

    “Anggota polis terpaksa mengejar suspek sejauh dua kilometer sebelum ditahan dan menjumpai satu kotak coklat mengandungi pelbagai jenis mercun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Mohd Haki berkata pemeriksaan lanjut mendapati cukai jalan kenderaan dinaiki suspek telah tamat tempoh dan dia tiada lesen memandu.

    Menurutnya hasil siasatan awal ke atas lelaki terbabit mendapati mercun itu untuk kegunaan sendiri pada musim perayaan Aidilfitri dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Bernama

    Gambar oleh Polis Daerah Tanah Merah menunjukkan sebuah kereta jenis BMW 328i(A) yang ditahan di Kampung Kusial Baharu, Tanah Merah, baru-baru ini. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...