Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Volkswagen labur AS$2.7b di China

    SHANGHAI, 12 APRIL – Gergasi pembuat kereta Jerman, Volkswagen Group kelmarin berkata ia akan melabur AS$2.7 bilion untuk mengembangkan operasinya di China dalam usaha untuk menghalang penurunan jualan dalam pasaran terpentingnya.

    Volkswagen telah memegang gelaran jenama terlaris di pasaran kereta terbesar di dunia selama bertahun-tahun sehingga 2023, ketika ia kehilangan gelarannya kepada pembuat kenderaan elektrik tempatan, BYD.

    Di peringkat global, kumpulan itu telah melabur puluhan bilion dalam peralihan mereka kepada kenderaan elektrik (EV), yang di China termasuk mengambil pegangan minoriti dalam pengeluar, XPeng tahun lepas.

    Pelaburan berbilion euro baharu itu akan digunakan untuk mengembangkan lagi hab pengeluaran dan inovasi Volkswagen di Hefei, di wilayah timur Anhui, kata kumpulan itu dalam satu kenyataan berita. – AFP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...