Tuesday, April 22, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki dituduh bunuh teman wanita

    IPOH, 30 JUN – Seorang lelaki hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh teman wanitanya semasa bergaduh di sebuah rumah kedai, Sabtu lepas.

    Saini Irwandy Sofian Sani, 23, dituduh menyebabkan kematian Shahwani Abdullah, 24, antara pukul 5 petang dan 4:54 pagi pada 24 Jun lepas di Taman Song Choon di sini, dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman mati.

    Tiada pengakuan direkodkan, dan Majistret Jesseca Daimis menetapkan 30 Ogos depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia serta forensik, selain lantikan peguam.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, N. M Moganaraj Mithra.

    Media sebelum ini melaporkan seorang wanita maut dipercayai dibunuh teman lelakinya yang berada di bawah pengaruh dadah di sebuah rumah kedai di Taman Song Choon di sini minggu lepas. – Bernama

    Saini Irwandy Sofian Sani didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh teman wanitanya semasa bergaduh di sebuah rumah kedai, Sabtu lepas. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda