Friday, December 20, 2024
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki maut dibaham buaya

    KUCHING, 19 DIS – Seorang lelaki berusia 41 tahun ditemui meninggal dunia selepas dipercayai dibaham buaya dalam kejadian di Kampung Sampun Tebun, Asajaya petang tadi.

    Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 4:42 petang.

    Susulan itu katanya, seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya dikejarkan ke lokasi.

    “Setibanya anggota di tempat kejadian, komander operasi mendapati insiden melibatkan seorang lelaki dewasa yang dilaporkan telah dibaham buaya.

    “Mangsa dikatakan masih berada di dalam Sungai Sampun dan telah dijumpai oleh abang kandung pada jam 4:30 petang,” ujarnya menerusi kenyataan hari ini.

    Tambahnya, jasad mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – Agensi

    Anggota bomba mengangkat mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – Utusan Borneo
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda