Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 DIS – Seorang lelaki warga Malaysia berbangsa Cina maut dalam nahas jalan raya yang berlaku di kawasan Jambatan Perdayan, Temburong, hari ini.
Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) mengesahkan telah menerima panggilan kecemasan me-ngenai kejadian berkenaan sekitar 6:48 pagi yang melibatkan tiga buah kenderaan dan meragut nyawa mangsa berusia 22 tahun berkenaan.
Di kesempatan ini, PDB menegaskan para pemandu dan pengguna jalan raya agar sentiasa peka dengan had kelajuan kenderaan yang dipandu dan menitikberatkan aspek keselamatan seperti memakai tali pinggang keledar serta menumpukan perhatian sepenuhnya kepada keadaan jalan mahu pun pengguna jalan raya yang lain.