NEW DELHI – Di ibu negara India yang sangat tercemar telah menyaksikan peningkatan pencemaran udara baru-baru ini, di mana seorang pemuda yang memakai topeng oksigen dan membawa botol air plastik 20 liter yang tergantung di belakangnya menjadi tarikan yang luar biasa bagi sesetengah penduduk yang melihatnya.
Tiub oksigen itu berlubang dan tali tiub bersambung dengan botol air di mana di dalam botol air yang besar itu terdapat pokok buatan yang seakan-akan tumbuh mekar di dalam botol berkenaan.
Dari luar, kelihatan lelaki itu seperti menerima oksigen dari botol tersebut di mana botol itu digunakan oleh kebanyakan penduduk bandar untuk membawa air ke rumah.
Berdiri di tengah-tengah jalan raya yang sibuk di kaki jalan, Noida – di pinggir Delhi – sebagaimana kenderaan bergerak dan membunyikan hon, lelaki muda tersebut memegang papan tanda yang berbunyi ‘Plant Tree, Save Tree. Otherwise, this will happen in future,’ mesej yang dibuat dalam Bahasa Hindi dan Bahasa Inggeris pada papan tanda tersebut.
Pemandu yang melintasi lelaki muda tersebut akan melihat papan tanda berkenaan malah apabila lampu isyarat berwarna merah, pemandu akan keluar dan mendekati lelaki tersebut untuk melihat papan tanda dan botol air yang berada di belakangnya. Ada yang tersenyum, ada yang membuat isyarat wajah malah ada juga yang cuba untuk mengabaikannya.


Lelaki yang berusia 20an itu bernama Pankaj Kumar dari negeri timur Bihar. Selama lapan bulan yang lalu, Kumar telah memulakan misi terpilih untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan penduduk Delhi mengenai isu pencemaran dan kepentingan untuk menanam pokok serta persekitaran yang bersih.
Setiap hari, dia akan membawa botol itu dan memakai topeng oksigen serta berjalan-jalan di sekitar Noida, hab komersial baharu yang terletak berdekatan Delhi. “Saya melakukan aktiviti ini selama enam jam setiap hari dan akhir-akhir ini saya melakukannya selama lapan bulan terakhir di Noida, Gurgoan dan Delhi,” kata Kumar kepada Xinhua.
Kumar bekerja di Business Process Outsourcing (BPO) di Noida dan telah berpindah ke kawasan bandar sekitar 10 tahun lalu. Ayah Kumar merupakan penjual sayuran manakala ibunya pula adalah seorang suri rumah tangga.
“Perubahan iklim di negara kita semakin bahaya malah pemanasan global memaksa saya untuk melakukan kempen ini,” kata Kumar. “Melalui kempen ini, saya ingin meningkatkan kesedaran khususnya dalam kalangan rakyat akan betapa pentingnya menanam pokok,” tambahnya kepada media.
Untuk minggu kedua, tahap pencemaran udara di bandar tersebut tiba-tiba naik dan melepasi tanda berbahaya apatah lagi selepas musim perayaan hindu – Diwali. Penduduk di bandar itu mengetepikan bunga api untuk merayakan festival berkenaan kerana bunga api itu menyumbang kepada pencemaran udara yang semakin meningkat dan menjejaskan kualiti udara Delhi. – Xinhua