Wednesday, March 19, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lelaki Pakistan 436kg dakwa ‘orang terkuat di dunia’

    ANDA masih ingat tentang Hulk sebenar dari Iran? Baiklah, seperti di negara jiran, Pakistan juga mempunyai versi superhero Marvel yang tersendiri. Nama beliau ialah Arbab Khizer Hayat, yang mempunyai berat badan 436 kilogram, dan membuat kenyataan bahawa beliau adalah orang yang terkuat di dunia.

    Hayat, yang lebih dikenali sebagai Khan Baba, berasal dari bandar Mardan, di utara Pakistan yang telah menjadi terkenal melalui Internet kerana mempunyai tubuh badan yang besar dan mempunyai kekuatan luar biasa termasuklah menahan sebuah traktor dari berundur ke belakang dengan tangan beliau dan menarik sebuah kereta dengan menggunakan hanya satu tangan.

    Walau bagaimanapun, ini bukan pencapaian yang besar buat beliau. Beliau baru-baru ini memberitahu kepada pemberita di Pakistan bahawa pada tahun 2012, semasa pertandingan angkat berat yang diadakan di Jepun, beliau berjaya mengangkat 5,000 kilogram. “Tiada siapa yang boleh memecahkan rekod ini,” katanya dengan angkuh. Dan saya perlu bersetuju, Hulk sebenar juga mungkin akan menghadapi kesukaran dengan cabaran ini.

    Khan Baba yang berusia 25 tahun itu berasal dari keluarga yang kaya. Beliau berkata berat badannya mula naik secara tiba-tiba apabila beliau berusia 18 tahun. Daripada bimbang tentang berat badannya yang semakin meningkat, beliau mengambil keputusan untuk menambah lagi berat badannya dengan mengamalkan diet berkalori tinggi.

    Beliau memberitahu bahawa beliau telah makan lebih dari 10,000 kalori sehari, termasuk 36 biji telur untuk sarapan pagi, empat ekor ayam, tiga kilogram daging merah dan lima liter susu. Dengan mempunyai ketinggian enam kaki tiga inci, Khan mendakwa bahawa berat badannya yang melampau – hampir satu tan – tidak memberi sebarang masalah kesihatan kepada beliau setakat ini. “Saya tidak mempunyai apa-apa penyakit dan saya selesa dengan berat badan saya,” katanya.

    Arbab Khizer Hayat mempunyai berat badan 436 kilogram dan mendakwa beliau adalah orang yang terkuat di dunia.
    Arbab Khizer Hayat mempunyai berat badan 436 kilogram dan mendakwa beliau adalah orang yang terkuat di dunia.
    Beliau mendakwa bahawa beliau telah makan lebih daripada 10,000 kalori sehari, termasuk 36 biji telur untuk sarapan pagi, empat ekor ayam, tiga kilogram daging merah dan lima liter susu.
    Beliau mendakwa bahawa beliau telah makan lebih daripada 10,000 kalori sehari, termasuk 36 biji telur untuk sarapan pagi, empat ekor ayam, tiga kilogram daging merah dan lima liter susu.

    Satu-satunya masalah yang beliau hadapi ialah semasa masuk dan keluar dari kereta. “Saya mengalami masalah semasa menggunakan kereta kerana ruangan kereta yang begitu sempit,” kata Baba yang memiliki sebuah kenderaan SUV besar.

    Hulk warga Pakistan itu berkata beliau telah membesar dengan menonton perlawanan gusti World Wrestling Entertainment (WWE) di televisyen dan bercita-cita untuk menjadi salah seorang daripada mereka. Kini beliau mahu menjadi ahli gusti. “Matlamat saya dalam waktu terdekat ini adalah untuk memasuki pertandingan WWE,” katanya kepada Cater News. “Saya sedang mencari seorang perunding sasaran berat badan dan juga doktor pemakanan agar kesihatan saya terjamin.” Malangnya, adegan angkat berat ini adalah hampir tidak wujud di Pakistan, tetapi beliau berharap untuk mengubah persepsi itu dengan memberi inspirasi kepada orang ramai dengan aksi beliau.

    Hayat adalah seorang dari selebriti tempatan di Mardan. Orang ramai sering mengunjungi rumah beliau untuk mengambil gambar bersama beliau, dan beliau dikatakan sebagai orang paling kuat di dunia. Tetapi itu nampaknya tidak cukup buat Khan Baba. “Saya menerima kasih sayang dan kekaguman daripada penduduk di sini. Tetapi saya tidak mahu berhenti setakat ini. Saya mahu menjadi bintang dunia, “katanya.

    Beliau menahan sebuah traktor dari berundur ke belakang dengan tangan beliau dan begitu juga dengan sebuah kereta dengan menggunakan hanya satu tangan.
    Beliau menahan sebuah traktor dari berundur ke belakang dengan tangan beliau dan begitu juga dengan sebuah kereta dengan menggunakan hanya satu tangan.
    Hayat yang lebih dikenali sebagai Khan Baba, berasal dari bandar Mardan, di utara Pakistan, telah menjadi terkenal melalui Internet kerana mempunyai tubuh badan yang besar dan mempunyai kekuatan yang luar biasa.
    Hayat yang lebih dikenali sebagai Khan Baba, berasal dari bandar Mardan, di utara Pakistan, telah menjadi terkenal melalui Internet kerana mempunyai tubuh badan yang besar dan mempunyai kekuatan yang luar biasa.

    Tidak disangkal lagi bahawa Khan Baba kelihatan agak menakutkan dalam beberapa gambar beliau, namun saiz sebenar badan beliau menjadi keraguan. Pertama sekali, beliau sentiasa memakai pakaian yang besar yang membuat beliau kelihatan lebih besar. Dalam beberapa rakaman video, ia kelihatan seperti beliau menggunakan bahan pad penebal di dalam kain beliau yang membuatkan dadanya lebih menonjol dan bukan perutnya.

    Juga, dalam video yang menunjukkan Khan Baba menghentikan sebuah traktor dan kereta dengan menariknya dengan tali, sama ada dengan satu tangan atau kedua-duanya. Beliau seolah-olah tidak meletakkan banyak usaha dalam menarik traktor, namun apabila beliau menarik kereta, beliau menghadapi kesukaran. Tali yang nipis boleh saja putus jika ditarik dengan tangan manusia jika aksi itu adegan sebenar. ‘Rekod’ beliau yang mengangkat berat 5,000 kilogram juga seolah-olah perkara mustahil.

    Beliau mungkin boleh berkata begitu dan mendakwa beliau orang yang terkuat di dunia, tetapi dirahui. Dalam satu artikel yang disiarkan dalam Express Tribune, orang menyatakan keraguan mereka terhadap Khan Baba di bahagian komen. “Apa yang baru? Seorang lelaki yang gemuk yang mendakwa beliau sebegitu untuk menarik perhatian. Saya tahu beberapa orang yang lebih gemuk dan lebih tinggi daripada dia, ” kata seorang penulis.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda