Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JAN – Sebelum menunaikan haji, seseorang yang berhajat untuk melaksanakan ibadah haji bukan sahaja perlu mempersiapkan diri dengan kesihatan fizikal dan kemampuan kewangan sebagai bekalan dan untuk keluarga yang ditinggalkannya, malah juga perlu mempersiapkan diri dengan bekalan ilmu yang cukup. Setidaknya ada dua ilmu yang mesti dipelajari dan