Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lengkapkan guru dengan prosedur keselamatan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OGOS – Bahagian Perhubungan Awam, Cawangan Operasi F, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) telah mengendalikan Taklimat Keselamatan Umum ‘Lifesaver 995’ bagi seramai 26 orang guru Sekolah Menengah Masin, baru-baru ini.

    Taklimat mengenai keselamatan umum ‘Lifesaver 995’ dan tunjuk cara menggunakan alat pemadam api yang betul mengikut jenis tersebut itu diadakan di Balai Bomba Pengkalan Batu.

    Antara lain objektif taklimat tersebut ialah bagi memastikan kesiapsiagaan guru dalam mena-ngani kecemasan di samping meningkatkan kesedaran guru-guru mengenai bahaya kebakaran serta memupuk rasa bertanggungjawab dan mengambil berat tentang aspek-aspek keselamatan kebakaran di sekolah.

    Selain itu, ia juga berobjektif sebagai salah satu aktiviti pihak sekolah untuk mengesahkan keberkesanan prosedur pengosongan bangunan yang efektif dan bersistematik serta membolehkan interaksi, kerjasama dan menguatkan hubungan antara Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama pihak sekolah.

    JBP dalam kenyataannya menekankan bahawa kebakaran boleh berlaku pada bila-bila m
    asa, oleh yang demikian, orang ramai disarankan agar meningkatkan kewaspadaan dan mengambil langkah-langkah keselamatan semasa cuaca tidak menentu serta pastikan pemasangan  dan penyambungan pendawaian elektrik dibuat oleh orang yang berkemahiran dan diiktiraf atau bertauliah serta mendapat kelulusan dari pihak Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

    Selain itu, JBP juga menyarankan agar sentiasa meningkatkan pencegahan kebakaran, tidak merasa cemas sekiranya berlaku sebarang kecemasan dan menghubungi talian kecemasan bomba 995 dengan memberikan maklumat yang tepat.

    Guru-guru turut berpeluang belajar cara menggunakan alat pemadam kebakaran.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda