Sunday, March 16, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Lesen ditarik balik jika gagal henti operasi selepas 10 malam

    KUCHING, 2 OGOS – Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) memberi
    amaran akan menarik balik lesen peniaga di bandar raya ini sekiranya mereka dikenakan denda oleh pihak penguat kuasa kerana gagal mematuhi arahan menghentikan operasi perniagaan selepas pukul 10 malam.

    Ini berikutan arahan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengehadkan waktu operasi perniagaan di Zon Satu iaitu Kuching, Samarahan dan Serian dari pukul 6 pagi hingga 10 malam mulai semalam berikutan peningkatan kes COVID-19 di zon berkenaan.

    Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng berkata langkah tegas itu terpaksa diambil memandangkan amaran telah dikeluarkan kepada peniaga terbabit supaya mematuhi segala arahan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 18 Mac lepas.

    “Selepas kamu (peniaga) dikenakan penalti (denda), kami (MBKS) pula akan menarik balik lesen kamu,” katanya ketika melawat Pasar Komuniti Stutong di sini, yang dibuka semula hari ini selepas diarahkan tutup selama 14 hari kerana ada peniaganya positif COVID-19. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda